Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri Kelab Belia Darulaman bantu sanitasi masjid

Kelab Belia Darulaman bantu sanitasi masjid

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Menyahut keperluan memastikan persekitaran masjid selamat, bersih daripada penularan covid 19, Kelab Belia Darulaman menyinsing lengan menjalankan kerja-kerja sanitasi ruang solat masjid di seluruh Parlimen Alor Setar.

Program sukarela yang sudah bermula beberapa minggu lepas itu dijalankan setiap minggu pada hari Jumaat dan Sabtu dengan melibatkan kerjasama Gabungan Sukarelawan Johan Rakyat, Pergerakan Pemuda UMNO, AOR Youth, Belia 4B, Persatuan Mahasiswa, Skuad Sabil serta masyarakat.

Daripada 34 masjid di dalam kawasan Parlimen Alor Setar, pasukan akan memilih beberapa masjid pada setiap minggu bagi menjalankan kerja sanitasi berkenaan.

Program itu turut melibatkan pengimarahan masjid dengan solat subuh berjemaah, bersarapan bersama jemaah dan turut berpeluang menziarahi mereka yang kurang bernasib baik bagi menyampaikan bantuan.

Selain dapat mendekati masyarakat setempat, gerak kerja sebegini juga menerapkan semangat sukarelawan di kalangan orang muda dan memastikan penularan covid 19 dikalangan masyarakat dapat dibendung.

Menurut Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri, Belia turun padang adalah cara pihaknya berkhidmat kepada masyarakat dan pada masa sama dapat mendengar pelbagai permasalahan umum bagi bersama mencari penyelesaian.

Ini adalah program berterusan sepanjang penularan covid 19, dengan sebelum ini bertungkus lumus menghulurkan bantuan makanan kepada mereka susah dan yang terjejas pendapatan.

Pihaknya juga mengajak mana-mana NGO yang berminat untuk turut serta menyumbang bakti kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com