Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Kedah wajar teruskan cuti peristiwa Thaipusam

Kedah wajar teruskan cuti peristiwa Thaipusam

oleh Ammar Haziq
Nurin Aina
  1. Keputusan kerajaan Kedah membatalkan cuti umum Thaipusam di negeri Kedah baru-baru ini telah dipersoalkan kewajarannya. Kita memahami dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka aktiviti berbentuk perhimpunan dan perarakan adalah tidak dibenarkan. Justeru, merayakannya di rumah bersama ahli keluarga masing-masing adalah pilihan paling minimum yang mereka ada setelah tidak dapat pergi ke kuil.
  2. Cuti Thaipusam di negeri Kedah mula diisytihar sebagai cuti peristiwa oleh Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, mantan Menteri Besar Kedah pada tahun 2014 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah pada ketika itu. Tradisi cuti peristiwa ini telah diteruskan memasuki tahun yang ke 7 meskipun berlaku pertukaran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 yang lalu. Ini kerana kerajaan negeri mempunyai hak prerogatif melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri untuk bersetuju memberikan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam kerana kuota cuti umum bagi negeri Kedah telah pun penuh. 
  3. Menyelusuri tafsiran surah alkafirun, sememangnya jelas garis pemisah bahawa tiada titik pertemuan dalam aspek penyembahan. Pengistiharan cuti Thaipusan itu boleh dilihat sebagai memberikan hak kepada penganut melaksanakan upacara keagamaan masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Berlainan aqidah tidak harus dilihat sebagai pemisahan dalam kemajmukan masyarakat dan orang ramai. Maka Kerajaan Negeri haruslah berhikmah dalam mengambil tindakan.
  4. Justeru, saya merasakan tiada kerugian pada mana-mana pihak samada di pihak Kerajaan Negeri mahupun penganut agama hindu yang merayakannya jika cuti Thaipusam ini diberikan. Ia sewajarnya kekal sebagai tradisi perayaan, memberikan cuti adalah penghormatan kesalingan budaya dan pastikan terus kekal selamat di rumah!


Nurin Aina, Ahli Parlimen Merbok
Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com