Sebuah buku tentang rahsia kejayaan, itu yang sedang ditulis oleh jutawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin bagi berkongsi tentang tips dan bagaimana beliau berusaha untuk positif dan berjaya seperti hari ini.
Menurutnya, sejak beberapa minggu ini, Facebook peribadi dan Pagenya dihujani mesej di mesenggernya yang mahu beliau berkongsi cara untuk menjadi orang berjaya.
“Saya sebenarnya masih belum berjaya dengan cemerlang,cuma punya sedikit pengalaman bermula dari bawah untuk mendaki dan terus mendaki lagi!
Saya termenung panjang,pagi dan petang terfikir apa yang harus saya buat untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman atau kaedah kaedah yang saya praktikkan untuk berjaya.
“Dalam hati kecil,banyak terdetik rasa bersalah kerana saya pastinya tidak mampu menyantuni semua mesenger dan pangilan yang diajukan kepada saya,”katanya di Facebook rasminya.
Tambahnya, dalam berfikir sambil berzikir memohon Ilham dari Ilahi, beliau tiba-tiba rasa ingin menulis sebuah buku yang berkongsi sepenuhnya apa-apa kaedah serta strateginya dalam perniagaan selama ini.
“Ia bukan lagi buku tentang kisah hidup saya,tapi ia lebih kepada buku tentang rahsia-rahsia kejayaan berdasarkan praktikal apa yang saya lalui serta amalkan sebagai prinsip mahupun strategi dalam perniagaan saya.
“Saya cuba untuk mula menulis pada malam ini,insyaAllah bermula dengan malam jumaat yang penuh barokah!
InsyaAllah,saya target buku ini akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan kemudian! Saya tahu ia agak singkat dan mustahil,tapi perkara baik tidak perlu ditunggu sempurna baru disempurnakan!,”katanya bersemangat.
Jelas beliau, pelancaran buku kedua tersebut juga akan dimaklumkan tentang tarikh pelancarannya.
“Seperti janji dan azam saya,buku ini bukan buku yang berkisahkan hidup saya,tetapi buku ini berkisarkan rahsia rahsia kejayaan yang benar benar saya praktikkan!,”katanya.