410
- Melihat kepada pertambahan kes positif sejak pertengahan Mei 2020 (pertukaran Kerajaan), pertambahan sangat ketara dari kurang 100 kes kepada lebih 10,000 kes.
- Penularan berlaku melibatkan gelombang kecil, besar, kecil, dan besar kembali.
- PKP negeri, PKP daerah, PKP negeri, dan PKP daerah berulang dikenakan. Khabarnya Mungkin PKP negeri kembali lagi.
- Fasa Januari hingga Mei 2020, kita mengambil serius setiap kes, walau hanya 1 atau 2 kes sehari.
- Mac 2020 dibelanja hampir RM10 juta untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Implikasi Covid19. Pusat Kuarantin dibuka di Jitra, Sg Petani, dan Teluk Cengai, selain Hotel yang disediakan secara bersama.
- Bentuk penularan semakin pelbagai. Virus menular dari sudut berbeza. Kluster baru timbul hampir setiap minggu.
- 10,839 kes berbanding nisbah kepada 2.2 juta penduduk negeri Kedah agak merisaukan. Lebih-lebih dengan kadar penularan negeri Kedah lebih tinggi dari kadar nasional.
- Apakah pendekatan strategik yang diperkenalkan untuk Hindari Risiko Covid19?
- Apakah pembaharuan tindakan yang diambil untuk tangani penularan yang semakin pelbagai ?
- Tidak mustahil jika kes positif di Kedah boleh mencapai 20 ribu menjelang Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2021, andai tiada kaedah untuk tangani rentak pertambahan seperti gelombang ketika ini dan mendatang.
- Selain menghukum Rakyat dengan PKP ala perintah berkurung, hukuman denda yang semakin tinggi, dan menyekat aktiviti yang memberi kesan Ekonomi. Kita ingin melihat pendekatan yang efektif untuk mengekang penularan tanpa menekan sektor ekonomi umum.
- Kadar imunisasi vaksin kepada Warga Kedah juga perlu ditingkatkan dan disegerakan. 98% masih menanti giliran peluang untuk mendapat vaksin sekurang-kurangnya 1 dos.
- Sesuai dengan #KitaJagaKita, Warga Kedah perlu jaga diri sendiri dan keluarga. Teruskan berdoa agar kita dijauhi dari virus Covid19.
- Amalkan pendekatan ABCD : Amalkan jarak fizikal 1m, Bawa dan pakai topeng muka ketika di khalayak umum, Cuci tangan sebelum sentuh muka, dan Duduk rumah kecuali ada urusan.
- Inilah negeri untuk kita bangunkan bersama.
Dato’ Hj Zamri Yusuf
ADUN Suka Menanti
8 April 2021
26 Ramadhan 1442
Link asal : https://www.facebook.com/360318124441619/posts/1225322441274512/