431
EXCO PELANCONGAN NEGERI KEDAH
KENYATAAN MEDIA
3 SEPTEMBER 2021
- Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri pada
hari ini mengenai pembukaan semula sektor pelancongan di Pulau Langkawi bermula
16 September 2021 sekaligus menjadi lokasi pelancongan pertama di Malaysia yang
dibuka dan dipilih sebagai projek rintis program Gelembung Pelancongan pasca
Covid-19. - Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan serta pemain industri tempatan telah
lama bersedia bagi hasrat ini sekaligus berharap agar dapat keluar dari kemelut dan
kelesuan sektor pelancongan hampir 2 tahun lamanya. - Ketika ini Pulau Langkawi telah mencapai kadar vaksinasi sebanyak 89.2% dos
pertama dan 82.3% dos kedua (data Jabatan Kesihatan Negeri Kedah setakat Ogos
2021) sekaligus telah mencapai imunasi kelompok seperti yang ditetapkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Lokasi pelancongan lain di negeri Kedah juga ketika ini bertungkus lumus mencapai
kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 80% seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan
Persekutuan bagi membolehkan sektor pelancongan dibuka semula selain daripada
Pulau Langkawi. - Kerajaan Negeri juga berharap selain Kedah khususnya Pulau Langkawi, lokasi sektor
pelancongan di negeri lain juga mendapat kebenaran untuk dibuka kembali supaya
setiap pemain industri mendapat manfaat dan saling bekerjasama mempromosi
produk pelancongan antara negeri. - Walaupun sektor pelancongan di Pulau Langkawi telah dibuka kelak, aspek
pematuhan SOP tetap dititik berat dan diberi penekanan yang tegas seperti
memastikan pelancong yang hadir telah mendapat dua dos vaksin lengkap,
mendaftar di My Sejahtera (check in), memakai pelitup muka dan menjaga
penjarakan sosial. Ini kerana kita mengambil iktibar daripada lokasi pelancongan
terkenal di Phuket dan Bali yang terlebih dahulu dibuka dan kini telah ditutup
kembali susulan penularan kes jangkitan baru terutamanya oleh varian Delta.
YB TUAN MOHD FIRDAUS BIN AHMAD
EXCO PELANCONGAN, SENI & BUDAYA NEGERI KEDAH