Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Econsave terus bantu golongan terjejas

Econsave terus bantu golongan terjejas

oleh Ammar Haziq
Zamzuri (dua kanan) dan salim (tiga kanan) semasa menyampaikan sumbangan Econsave di Dewan Bukit Larek, Pokok Sena baru-baru ini.

POKOK SENA – Sebanyak 30 keluarga yang terjejas akibat pandemik Coid-19 menerima sumbangan daripada Pasar raya Econsave Cawangan Pokok Sena di Dewan Bukit Larek, dekat sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan tersebut adalah bantuan berkala oleh pihaknya dalam membantu mereka yang terputus pendapatan mahupun bekalan makanan.

Menurutnya, keluarga-keluarga tersebut telah dipilih oleh pihak berwajib dari Kampung Bukit Larek, Kampung Apil dan Kampung Pecah Gadong di Pokok Sena, dekat sini.

“Sumbangan yang dihulurkan adalah bagi membantu 30 keluarga asnaf yang terputus bekalan makanan dari ketiga-tiga kampung tersebut.

“Setiap penerima akan menerima barang keperluan seperti beras, gula, bahan minuman dan juga tepung gandum,” katanya.

Turut hadir menyampaikan sumbangan adalah ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com