Sunday, 24, November, 2024
Utama Nasional Jutawan hartanah bakal saman individu didakwa fitnah sebanyak RM15 Juta

Jutawan hartanah bakal saman individu didakwa fitnah sebanyak RM15 Juta

oleh Ammar Haziq
Muhammad Azlan (kiri).

Pengasas kepada Azlan Al-Amin Group Sdn. Bhd bakal menyaman individu ketujuh sebanyak RM15 juta kerana didakwa memuatkan tulisan fitnah dan kesat kepadanya di laman media sosial.

Perkara tersebut diakui oleh Muhammad Azlan Al-Amin di Facebooknya dan saman tersebut akan difailkan dengan segera oleh peguam yang telah dilantik oleh beliau.

Menurutnya, tindakan individu tersebut dilihat semakin melampau apabila meniupkan sentimen yang menyifatkan sebagai penipu,penjahat dan sebagainya.

“Banyak tulisan fitnah dan kesat yang jelas kau tujukan pada aku,jelas terang walaupun kau cuba bersembunyi.


“Awalnya aku hanya berdiam dan cuba memujuk hati dengan beranggapan bahawa kau menegurku dengan murni,tapi rupanya kau menulis penuh benci!

“Kau tulis aku menipu orang ramai dalam urusan jual beli hartanah,padahal tiada satu pun aku didakwa mengikut perundangan di atas tuduhan tersebut.


“Hingga kini akhirnya,aku terpaksa bertindak. Saman RM15 Juta akan difailkan segera,dan kau hanya perlu menunggu notis sahaja,” katanya yang dipetik melalui Facebooknya.

Tambah jutawan hartanah itu, firma guaman terkemuka di Kuala Lumpur telah dihubunginya dan mengarahkan supaya mereka bertindak menghantar segara notis tuntutan (LOD) berserta kos yang dituntut dan seterusnya memfailkan tuntutan saman.


“Tak guna lagi kau padam semua tulisan di laman sosial kamu sejak dulu sampai sekarang.


“Semua bukti,sudah pun tersimpan rapi dalam fail tindakan saman fitnah terhadap kamu.


“Aku akan bersemuka dengan kamu di mahkamah nanti! Standby kos guaman,dan insyaAllah kita berdepan di muka pengadilan,” katanya lagi. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com