Tuesday, 30, April, 2024
Utama Nasional Banjir kilat : Jambatan Bailey Sg Iboi senget, 120 mangsa dipindahkan

Banjir kilat : Jambatan Bailey Sg Iboi senget, 120 mangsa dipindahkan

oleh Ammar Haziq
Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) daerah Baling memantau keadaan banjir kilat di Kampung Sungai Iboi.

BALING – Jambatan Bailey yang didirikan di Kampung Iboi, Baling, dekat sini berlaku kerosakan struktur akibat arus deras dan jambatan ditutup pada semua kenderaan berjalan kaki bermula malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat berkata, hujan lebat hampir sejam menyebabkan kawasan Jajaran Iboi hingga Kampung Hangus, Balai Kupang dan air masih mengalir deras dijangka akan melanda kawasan taman-taman di Pekan Kupang.

“Di Kampung Padang Empang,sebanyak 27 buah rumah melibatkan 120 orang mangsa telah dipindah sementara ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Padang Empang.

“Kampung Bedang Bechah dan Kampung Hangus mula dinaiki air dan penduduk dinasihatkan untuk berpindah.

“Pihak PDRM dan lain agensi dibawah PKOB berada di tempat kejadian memantau perkembangan semasa.Setakat ini cuaca baik dan tiada insiden kehilangan ahli keluarga dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Abu Hassan Samah berkata, penduduk memaklumkan jambatan Bailey itu sedikit senget dan mungkin disebabkan arus deras dan terdapat kayu di bawahnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com