Tuesday, 30, April, 2024
Utama Umum Penat pecah mesin ATM, ‘Sekupang’ pun tak dapat

Penat pecah mesin ATM, ‘Sekupang’ pun tak dapat

oleh admin

BALING, 15 Sept – Sangkaan sekumpulan penjenayah mereka akan memperoleh ‘habuan besar’ ternyata meleset apabila mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipecah langsung tidak mempunyai wang.

Kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Ketil – Sungai Petani itu hanya disedari kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Menurut sumber, stesen minyak berkenaan kini ditutup kerana kerja ubahsuai dan penyelenggaraan sejak Isnin lalu.

“Kerja penyelenggaraan di stesen minyak terbabit dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang sejak tiga hari lalu.

“Kita percaya penjenayah menyangkakan yang mesin ATM terbabit mempunyai wang dan mereka mengambil kesempatan menceroboh dan memecah mesin itu ketika malam,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati semua wang dalam mesin ATM terbabit sudah diserahkan kepada syarikat kawalan keselamatan sehari sebelum stesen minyak itu ditutup.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti suspek namun kamera litar tertutup (CCTV) didapati tidak berfungsi kerana kerja-kerja yang dilakukan di stesen minyak terbabit.

“Kita percaya penjenayah yang melakukan perbuatan ini lebih daripada seorang dan mereka mungkin sudah merancang selepas melihat stesen minyak itu ditutup sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com