Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri Maqis tahan Ikan masin dan daging babi tanpa permit

Maqis tahan Ikan masin dan daging babi tanpa permit

oleh Ammar Haziq

KOTA PUTRA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk produk pertanian tanpa permit import dari Thailand di kompleks ICQS Durian Burung, Padang Terap.

Menurut Ketua Pintu Masuk Durian Burung Tuan Md Shafie Bin Ismail berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh Pegawai MAQIS , mendapati sebanyak 80 kilogram ikan masin dan 40 kilogram daging babi yang dianggarkan bernilai RM 1,200.00 ditahan untuk tindakan lanjut,

Katanya lagi, kegagalan mengemukakan permit import yang sah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak MAQIS terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dan makanan yang diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com