Wednesday, 27, November, 2024
Utama Umum Warga Indonesia berpeluang Temu Anwar di Jakarta

Warga Indonesia berpeluang Temu Anwar di Jakarta

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau buat pertama kali akan menghadiri ‘Sesi Temu Anwar di Jakarta’ bagi mendampingi warga Indonesia serta rakyat Malaysia yang berada di negara jiran itu.

Sebelum ini Sesi Temu Anwar diadakan di beberapa universiti tempatan, antara lain membolehkan mahasiswa dan penduduk setempat bertanya soalan kepada Perdana Menteri.

“Saya dijadualkan ketemu sahabat dan teman-teman Indonesia dalam satu acara wacana dan diskusi yang akan diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta pada Selasa ini bersamaan 5 September 2023.

“Saya jemput semua, termasuk mahasiswa dan anak muda untuk ikut serta bersama saya dan selebritas terkenal Indonesia saudara Raffi Ahmad dan isteri saudari Nagita Slavina.

“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Ia juga kali pertama Sesi Temu Anwar diadakan di luar negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com