Monday, 25, November, 2024
Utama Nasional Peniaga dan peruncit dipelawa menyertai Program Transformasi Digital Untuk SME secara dalam talian

Peniaga dan peruncit dipelawa menyertai Program Transformasi Digital Untuk SME secara dalam talian

oleh Wartawan Kedah Gazette

PULAU PINANG – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara mempelawa peniaga dan peruncit menyertai Program Transformasi Digital Untuk SME secara dalam talian selama empat hari yang berakhir pada Isnin ini.

Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohd. Ibramsah berkata, pihaknya masih membuka pendaftaran secara percuma kepada orang ramai terutamanya peniaga dan peruncit untuk menyertai program berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, lebih 2,000 peserta telah
mendaftar program yang dianjurkan MPC Wilayah Utara dengan kerjasama Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di wilayah Utara yang meliputi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

“Antara objektif program tersebut adalah mewujudkan kesedaran tentang keperluan untuk berubah ke arah perniagaan digital dan membantu proses operasi perniagaan secara digital.

“Ia juga menggalakkan business matching di antara pembekal perkhidmatan digital dengan usahawan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dr. Mazrina berkata, pnularan wabak COVID-19 tidak menghalang MPC Wilayah Utara untuk membantu peniaga dan peruncit meningkatkan produktiviti perniagaan dengan menganjurkan program berkenaan dalam talian.

“Orang ramai hanya perlu mengikuti program dari rumah masing-masing kerana diadakan secara dalam talian sahaja.

“Sehubungan itu, orang ramai boleh mengambil peluang mengisi masa lapang mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk menyertai program berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, program ini membentangkan beberapa topik menarik antaranya mengenai Digital Pemasaran, Penghantaran Melalui Digital Platform, e.Marketplace, e-Dompet dan e-Bayaran.

“Perkongsian maklumat ini telah disampaikan oleh beberapa pembekal perkhidmatan pemasaran digital terkenal antaranya Shopee Malaysia, Avana, Boost, PayNet, JD MAS, MyCar, VTPonline.my dan GoShareLah,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai program boleh mendaftar secara percuma di
https://event.webinarjam.com/channel/JomDigital

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com