Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Posmen terima bantuan barangan makanan

Posmen terima bantuan barangan makanan

oleh Wartawan Kedah Gazette
ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim (dua dari kanan) bergambar selepas menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada posmen yang bertugas di pejabat Pos Tikam Batu, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Posmen merupakan antara kakitangan kerajaan yang tetap bekerja seperti biasa walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengorbanam posmen cukup besar apabila mereka sanggup berhadapan dengan ancamam wabak COVID-19 demi memastikan surat dan barangan yang dikirim pelanggannya sampai pada masa yang ditetapkan.

Sebagai menghargai pengorbanan posmen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan kepada posmen yang bertugas di pejabat Pos Malaysia Tikam Batu hari ini.

Ahmad Fadzil turut tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk di Kampung Pinang Tunggal, Tikam Batu. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com