Thursday, 21, November, 2024
Utama Negeri Menteri Besar Kedah bagi ‘hint’ pengalaman Radhi ditagih perkuatkan KFA

Menteri Besar Kedah bagi ‘hint’ pengalaman Radhi ditagih perkuatkan KFA

oleh Ammar Haziq
Sanusi membayangkan Radhi akan kembali untuk membantu pasukan bolasepak Kedah.

ALOR SETAR – Pengalaman legenda bolasepak Kedah, Radhi Mat Din sangat ditagih dalam memperkuatkan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dalam Facebook rasminya kurang sejam lalu telah memuatkan gambar bekas jurulatih Hijau Kuning bersama kata-kata ‘ lagenda yang akan kembali membantu skuad kesayangan kita’.


Muhammad Sanusi difahamkan adalah calon tunggal yang telah dicalonkan oleh badan gabungan KFA sebagai Presiden baharu persatuan itu yang akan dipilih pada Kongres Luar Biasa (EGM) di Wisma Darul Aman kira-kira jam 10 pagi esok.


Bagi posisi Naib Presiden pula, nama Radhi dikaitkan pada jawatan itu apabila difahamkan turut dicalonkan oleh badan gabungan KFA.


Kini timbul persoalan siapakah yang akan dilantik sebagai Setiausaha Kehormat kerana sebelum ini rata-rata penyokong Kedah mahu Radhi mengisi kerusi tersebut berdasarkan pengalaman luas yang dimilikinya. -KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com