Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.
Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat cgpa 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).
Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop.
Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih.
Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yerTerima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan.
Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung.
Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..-ebitlew
Petikan Facebook Ustaz Ebit Lew