Thursday, 21, November, 2024
Utama Negeri Krisis air Kedah, bila berakhir?

Krisis air Kedah, bila berakhir?

oleh Ammar Haziq
  1. Kebelakangan ini, pejabat saya telah menerima banyak aduan dari penduduk terutamanya di kawasan Derga berhubung dengan bekalan air yang sering kali terputus dan kualiti air yang keruh.
  • Penduduk juga menyampaikan rungutan tentang talian bebas tol (Hotline) Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang sukar dihubungi kerana panggilan sering tidak berjawab dan ada ketikanya pegawai bertugas tidak serius ketika memberikan maklum balas kepada penduduk. Perkara-perkara sebegini menyebabkan rasa ketidakpuasan hati dan tidak menggembirakan penduduk.
  • Umum mengetahui bahawa air merupakan salah satu daripada sumber asas dan menjadi keperluan utama penduduk. Kita menggunakan air sebagai sumber minuman selain menyucikan diri dari segala kekotoran dan sebahagiannya menggunakan air untuk tujuan beribadah terutamanya pengguna beragama islam yang menggunakan air untuk mengambil wudhu’ untuk bersolat.
  • Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan ini, saya memandang serius perkara yang berlaku ini dan mendesak SADA sebagai pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bekalan air di negeri ini dapat memberi penjelasan berkaitan masalah yang berlaku. Penjelasan ini penting untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin terjadi. SADA juga perlu sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang makluman awal kepada penduduk sekiranya terpaksa berhadapan dengan masalah sebegini lagi.
  • Saya juga meminta kerajaan negeri terutamanya EXCO berkaitan dan Menteri Besar memberikan jaminan agar masalah ini tidak akan berulang, dan kerajaan negeri harus mengambil inisiatif yang terbaik dan menyediakan penyelesaian yang tuntas demi kebaikan bersama. Jangan hanya tahu nak sekat air sungai kepada jiran, akhirnya rakyat kita yang merana.

Sekian.

Tan Kok Yew

ADUN Derga

4 April 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com