Monday, 25, November, 2024
Utama Sukan 1,640 Peminat Sukan Berbasikal Sertai Kejohanan Langkawi Legendary Ride 2022

1,640 Peminat Sukan Berbasikal Sertai Kejohanan Langkawi Legendary Ride 2022

oleh admin

LANGKAWI, 10 Sept – Seramai 1,640 peminat sukan berbasikal dari tujuh negara telah menyertai Kejohanan Langkawi Legendary Ride 2022 yang diadakan di Pulau Lagenda itu, hari ini.

Tujuh buah negara itu adalah Indonesia, Great Britain, Thailand, Australia, Netherland dan Perancis selain penyertaan tempatan.

Acara yang memasuki tahun kedua itu merupakan penganjuran bersama diantara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tough Gorilla Ventures.

Acara itu menawarkan tiga kategori iaitu Legendary Ride sejauh101 kilometer (km), EagleRide (60 km) dan Mahsuri Ride sejauh 30 km.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang turut menyertai acara kayuhan itu berkata LADA sedang bekerjasama dengan Futurise dan semua pihak berkepentingan untuk memastikan pulau itu dikenalpasti sebagai destinasi Cyclotourism terkemuka di dalam dan luar negara.

Peserta Kejohanan Langkawi Legendary Ride 2022 yang memasuki tahun kedua mendapat sambutan dengan 1,640 penyertaan peserta dari tujuh negara luar termasuk tempatan.

“Langkawi juga berpotensi besar untuk menjadi destinasi utamaCyclotourism negara.Futurise sedang bekerjasama dengan LADAdalam memastikan pembentukan Langkawi menjadi destinasiCyclotourism yang berkembang maju melalui rangka kerja awal selia yang efektif,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata penganjuran acara itu bertujuan untukmenjadikannya sebagai salah satu medium atau platform bagi memperkenalkan tempat-tempat yang sinonim dengan legenda-legenda yang terdapat di pulau itu.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai Kejohanan Langkawi Legendary Ride 2022 berkumpul sebelum program bermula.

“Langkawi amat sinonim dengan aktiviti berbasikal, malahpenganjuran acara pelancongan berasaskan sukan basikal seperti Le Tourde Langkawi (LTdL) dan IRONMAN
Malaysia telah menjadikan Langkawi sebagai salah satu lokasi pertandingan.

“Penganjuran acara berbasikal ini bukansl sahaja dapat memberi limpahan ekonomi kepada komuniti Langkawi, malah turutmenawarkan gaya hidup sihat dan memberi peluang kepada para pengayuh untuk menikmati keindahan dan kekayaan alam semulajadi pulau ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com