Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Dua beradik perempuan parah kemalangan

Dua beradik perempuan parah kemalangan

oleh Ammar Haziq
Dua beradik perempuan parah selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, dekat sini hari ini.

Sungai Petani, 23 September – Dua beradik perempuan parah selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, dekat sini hari ini.
 
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, mangsa penunggang berusia 23 tahun dan adiknya berusia 18 tahun yang juga pembonceng masing-masing mengalami kecederaan dalam badan serta parah di kepala.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan mendapati motosikal dinaiki dua beradik berkenaan dalam perjalanan dari Sungai Layar menuju ke Semeling manakala kereta dipandu seorang guru wanita berusia 54 tahun dari Sungai Jagung menghala Laguna, Merbok.
 
“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak berhenti dan memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui lampu isyarat.
 
“Ketika itu, lampu isyarat berkenaan mengalami kerosakan dan berlaku pelanggaran antara dua kenderaan terbabit di kawasan tengah lampu isyarat,” katanya.
 
Menurutnya penunggang dan pembonceng motosikal parah dalam badan serta kepala manakala pemandu kereta pula luka di muka dan semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.
 
“Pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tidak bekerja manakala pembonceng pula bekerja di sebuah kilang dan kedua-dua mereka berasal dari Tanjung Dawai, Bedong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com