Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Econsave ringankan beban 100 pelajar B40

Econsave ringankan beban 100 pelajar B40

oleh Ammar Haziq
Sebahagian pelajar yang menerima sumbangan kembali ke sekolah daripada Pasar Raya Econsave Pokok Sena.

POKOK SENA – 100 pelajar B40 dari sekitar Pokok Sena, Kedah terpilih menerima sumbangan Back to School daripada pasar raya Econsave Pokok Sena.

Program CSR yang diadakan dengan kerjasama Pejabat ADUN Bukit Pinang adalah bertujuan membantu meringankan beban keluarga pelajar yang terpilih.

Antara sumbangan yang diberikan  adalah beg sekolah, set pensil dan fail untuk kegunaan sekolah mereka.

Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Bukit Pinang, Datuk Wan Romani Wan Salin.

Hadir sama, Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor dan Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com