Thursday, 21, November, 2024
Utama Nasional Kerajaan sasar Malaysia 30 ekonomi terbesar dunia

Kerajaan sasar Malaysia 30 ekonomi terbesar dunia

oleh admin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan Malaysia akan berada dalam senarai 30 ekonomi terbesar dunia dalam tempoh sederhana.

Sasaran itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapannya dalam kerangka Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Perdana Menteri yakin Malaysia mampu mencapai sasaran besar itu dengan meneladani negara yang pernah berdepan kejatuhan, namun tangkas dan bangkit semula ke hadapan.

“Mahu atau tidak, kita mesti menjadi jaguh ekonomi serantau. Kita perlu punyai minda global dan mengutama pengantarabangsaan ekonomi.

“Dengan demikian, kita mampu mencapai sasaran ditetapkan untuk muncul sebagai 30 ekonomi terbesar di dunia dalam jangka masa sederhana.

“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara empat hingga lima peratus, namun jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan enam peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com