KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mempertimbangkan semula
syarat kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) mengikuti sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar ia dipermudahkan untuk golongan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarat serta kelonggaran yang sesuai akan dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.
untuk dibawa ke Kabinet.
“Maaf (kepada Jemaah menteri) saya tidak maklum mengenai perkara ini (terlebih dahulu). Ia (kajian semula syarat pengambilan program TVET) langkah supaya semua agensi kerajaan dan kementerian memastikan pengambilan golongan OKU ke program TVET.
“TVET dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi… saya akan beritahu dia walaupun ada kelonggaran kepada OKU… jangan kenakan syarat-syarat seperti dua tangan… syarat yang ada keupayaan… insya-Allah kita berikan ruang, saya tidak fikir terlalu masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ruzimi Mohamed dalam sesi soal jawab Program Temu Anwar di UTM Skudai, di sini, hari ini.
Ruzimi terdahulu bertanya mengenai isu pelajar OKU dikenakan syarat tertentu yang tidak sesuai dengan keadaan mereka dalam permohonan program TVET.