Thursday, 21, November, 2024
Utama Nasional Malaysia – Sri Lanka kukuhkan hubungan dua hala

Malaysia – Sri Lanka kukuhkan hubungan dua hala

oleh admin

NEW YORK – Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe di New York hari ini.

“Dalam mesyuarat, kami bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor untuk faedah bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya selepas mesyuarat itu.

Ini termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan serta pembangunan sumber manusia, kata Anwar yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama sedia ada.

“Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Sri Lanka,” kata Anwar.

Selain Wickremesinghe, Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi pada hari pertamanya di bandar raya itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com