KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melaksanakan ibadah umrah selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.
Perdana Menteri melaksanakan rukun Islam kelima itu bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
“Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia diizinkan Allah melaksanakan ibadah umrah usai Sidang Kemuncak Tergempar OIC sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.
“Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin. Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebooknya hari ini.