Thursday, 21, November, 2024
Utama Nasional ‘Di mana yang tidak Melayunya?’, soal Anwar

‘Di mana yang tidak Melayunya?’, soal Anwar

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.

Mengambil contoh soal Bahasa Melayu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan sekarang lebih tegas berbanding sebelumnya.

Menurutnya, beliau tidak akan membenarkan orang menggunakan nama Bumiputera namun mengkhianatinya dengan memberikan projek kepada bukan Bumiputera.

“Soal program, kalau pun kata Jana Wibawa itu program untuk Bumiputera, saya lebih tegas, saya tidak benarkan orang khianat nama Bumiputera tetapi bagi pada syarikat Cina.

“Tapi kalau tender, tak kira Cina, Melayu, India, Dayak, itu soal lain. Amalan sakau-menyakau ini, saya tidak kira Melayu, Cina atau India, kita perlu ambil tindakan yang tegas.

“Jadi, di mana yang tidak Melayunya? Hak keistimewaan orang Melayu, Perkara 153 itu merupakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ada golongan liberal, elit yang marah, kenapa Anwar masih terikat dengan dasar Bumiputera. Ini dasar yang termaktub dalam Perlembagaan yang kita sepakati,” katanya.

Begitupun, tegasnya, beliau tidak mahu menganiayai kaum lain dan melalui sekolah daif dan baiki tandas misalnya, Perdana Menteri menegaskan bantuan itu diberi kepada semua sekolah, tidak mengira kaum, bangsa atau agama.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com