Wednesday, 4, December, 2024
Utama Sukan CEO KFA ditahan reman isu rasuah : Sanusi dakwa fitnah, bertujuan politik

CEO KFA ditahan reman isu rasuah : Sanusi dakwa fitnah, bertujuan politik

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA),Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan bola sepak itu membabitkan isu rasuah sebagai fitnah, bertujuan politik dan kepuasan peribadi.

Jelasnya, beliau akan membongkar plot sebenar yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk dakwaan rasuah melibatkan KFA.

“Keadaan yang berlaku ketika ini adalah kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.

“Individu yang ditahan SPRM terbabit bukan ‘orang kaya’ sebaliknya hidup dalam kesempitan,” katanya ketika dihubungi media pada Sabtu.

Mb Kedah itu berkata, KFA sejak ditubuhkan membiayai pasukan bola sepak dan kegiatannya melalui derma serta sumbangan kerana ia bukan syarikat perniagaan berasaskan keuntungan.

Menurutnya, sewaktu persatuan itu nazak dengan hutang puluhan juta ringgit tidak ada siapa peduli dan gaji pemain dan bayaran kepada badan berkanun terhutang puluhan juta, jugatak ada siapa peduli.

“Bila kita mula selesaikan sedikit demi sedikit di samping membiayai keperluan semasa pasukan, ada pihak iri hati dan dengki.

“Bila pasukan sudah diswastakan KFA mampu tarik nafas lega sedikit tetapi masih beri komitmen untuk terus bayar hutang kepada pemiutang,” ujar beliau.

Tambahnya, beliau menganggap semua tuduhan yang dilemparkan ke atas individu yang disiasat dan ke atas KFA sebagai fitnah dan sedia membongkar perkara itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com