Sunday, 24, November, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Keputusan pengurangan hukuman Najib perlu dihormati, hentikan kritikan – PM

Keputusan pengurangan hukuman Najib perlu dihormati, hentikan kritikan – PM

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Semua kritikan dan kecaman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihentikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu perlu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandaskan undang-undang, malah atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Pertimbangan utamanya adalah soal ihsan, belas kasihan atau apa yang disebut oleh bekas Yang di- Pertuan Agong itu sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’.

“Sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu wawenang (hak) Tuanku,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapuri hari ini.

Anwar menjelaskan demikian berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengurangan 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan denda yang perlu dibayar oleh Najib.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com