Tuesday, 17, September, 2024
Utama Nasional Pembenihan awan di Empangan Muda membuahkan hasil

Pembenihan awan di Empangan Muda membuahkan hasil

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama tiga hari bagi meningkatkan paras air di Empangan Muda membuahkan hasil apabila sebanyak dua milimeter turunan hujan di dalam kawasan tadahan empangan hasil dari direkodkan pada Selasa.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mendapati terdapat peningkatan isipadu aliran masuk (inflow) ke Empangan Muda sebanyak 1,037 ekar kaki berbanding purata (inflow) harian (Bulan Julai 2024) iaitu 416 ekar kaki sebelum pelaksanaan OPA.

MADA masih menilai keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan OPA ini, memandangkan OPA akan diteruskan pada Rabu.

“Sehingga 31 Julai, status keseluruhan kedudukan semasa takungan air di empangan dibawah seliaan MADA bagi ketiga-tiga empangan adalah sebanyak 539,786 ekar kaki bersamaan 44.14 peratus di mana kapasiti takungan Empangan Pedu adalah sebanyak 347,420 ekar kaki bersamaan 39.71 peratus, Empangan Muda sebanyak 10,050 ekar kaki bersamaan 8.04 peratus dan Empangan Ahning sebanyak 182,316 ekar kaki bersamaan 81.76 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sehingga Rabu, aktiviti menanam mencapai 99.3 peratus iaitu seluas 99,963.9 hektar,

berbunga dengan keluasan 4,051.8 hektar dan telah mencapai peringkat masak sebanyak

0.10 peratus  dengan keluasan 67.4 hektar manakala aktiviti menuai sebanyak 0.10 peratus dengan

keluasan 60.4 hektar.

“Sumber air utama pengairan padi bagi Musim 1/2024 adalah daripada pelepasan empangan. Berdasarkan kepada status kemajuan aktiviti penanaman padi Musim 1/2024

sehingga 31 Julai , dianggarkan baki keperluan bekalan pengairan untuk penanaman

padi bagi Musim 1/2024 adalah sebanyak 229,216 ekar kaki.

“Pada masa kini, pihak MADA telah melepaskan sebanyak 3,100 kaki padu sesaat dari Empangan Pedu bagi tujuan pengairan, domestik dan industri,” ujarnya.

Jelas MADA lagi, jumlah keseluruhan takungan air masih mampu memenuhi permintaan,

keperluan dan mencukupi bagi tujuan pengairan tanaman padi bagi musim semasa (Musim

1/2024), kegunaan domestik dan industri.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com