Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Tanamkan semangat cintakan tanah air dalam diri generasi muda

Tanamkan semangat cintakan tanah air dalam diri generasi muda

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Kemerdekaan adalah satu peristiwa yang setiap tahun disambut dan dihayati dan semangat cintakan dan sayangkan tanah air perlu ditanamkan di dalam diri generasi muda hari ini.

Yang Dipertuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah Amirul Syahir Musa berkata, semangat patriotisme dalam kalangan para belia dizahirkan menerusi program Edaran Jalur Gemilang bertempat di Pusat Komuniti badan bukan kerajaan.

Menurutnya, program edaran Jalur Gemilang kepada para pengguna lalu lintas di sekitar Bandar Baru Mergong ini adalah untuk memberi kesedaran kepada belia dan masyarakat setempat bertapa pentingnya menghargai kemerdekaan negara yang kita kecapi pada hari ini.

“Atas inisiatif kami pada hari ini, kita telah mengedarkan 200 buah bendera kereta secara percuma kepada pengunjung yang lalu di sekitar mergong ini sebagai tanda cintakan kepada negara yang merdeka”, katanya.

Jelas beliau, sebagai generasi yang masih ada, aktiviti sebegini haruslah dijadikan sebagai salah satu penanda aras kepada bangsa bertamadun untuk terus maju ke hadapan sebagai sebuah negara yang merdeka dan maju ke hadapan seiring dengan teknologi yang wujud pada ketika ini.

Menurutnya lagi, program seumpama ini perlu diadakan supaya semangat kemerdekaan dapat dipupuk dan disemai di dalam setiap masyarakat disamping mengingati perjuangan nenek moyang kita yang sanggup mengorbankan nyawa demi mencapai kemerdekaan negara.

Antara NGO yang turut sama adalah Kami Anak Kedah, Sayap Muda Ikrar Malaysia, Pertubuhan Warisan Anak Kedah ( PEWARISK) dan Pertubuhan Aman Kebajikan Ummah (PAKU).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com