Thursday, 21, November, 2024
Utama Negeri Mangsa banjir terharu sukarelawan cuci rumah, hulur bantuan

Mangsa banjir terharu sukarelawan cuci rumah, hulur bantuan

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Keluarga atlet Orang Kurang Upaya (OKU) Kedah, Noor Nasri Md Saad antara ribuan mangsa yang terlibat dengan kejadian banjir yang berlaku di Kedah sejak 17 September.

Ibu kepada atlet tersebut, Noor Nasri, Hasnah Saad, 60, ketika ditemui mengakui terharu kerana ada sukarelawan yang turun membantu membersihkan rumah selain menghulurkan bantuan.

Menurutnya, pada hari kejadian, air Sungai Anak Bukit naik mendadak menyebabkan rumahnya yang terletak di tepi sungai di Kampung Seberang Pumpong, Bakar Bata, Alor Setar dimasuki air.

“Ketika kejdian, Noor Nasri yang pada waktu itu masih berada di rumah sempat menyelamatkan beberapa barangan dan peralatan sebelum membawa saya ke Pusat Pemindahan SementaraSekolah Kebangsaan Taman Aman.

“Dia pi sana telefon hari-hari tanya sampai makcik balik sini, orang pejabat zakat hantar dengan Van, bawa balik toto, tikar, makanan, makcik takpi mana sampai hari ni dok dalam rumah sahaja,” katanya menghidap penyakit kencing manis dan barah.

Noor Nasri kini berada di Sarawak dan bertanding dalam acara sukan powerlifting atas 49 kilogram.

Nasib yang menimpa Hasnah mendapat perhatian Presiden Persatuan Atlet-Atlet Lagenda Negeri Kedah, Firdaus Abd Razak turun padang menghulurkan sumbangan.

Menurut Firdaus yang juga bekas atlet angkat berat kebangsaan, Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan.

“Matlamat kita satu saja untuk permudah bagi masyarakat boleh Kembali ke rumah masing-masing, menyempurnakan apa yang kekurangan, apa yang kita boleh bantu dari segi barangan, duit dan juga bantu dari segi cuci untuk Kembali balik ke rumahlah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com