Friday, 18, October, 2024
Utama Negeri Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat

Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat

oleh Ammar Haziq

SIK – Seorang pengawal keselamatan maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian satu kejadian hujan lebat dan angin kencang di Kampung Bandar Hilir, di sini, pada petang Ahad.

Mangsa, Mohd Rizal Aziz, 47, difahamkan baru sahaja menziarahi ibunya di Kampung Tanjung Besar sebelum terlibat kemalangan itu semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bandar Hilir yang berjarak kira-kira tiga kilometer.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, satu panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5.58 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang mangsa tersepit antara motosikal dan dahan pokok tumbang. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seramai 20 petugas termasuk anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sukarelawan Khidmat Malaysia membantu memotong dahan pokok bagi mengeluarkan mangsa,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pasukan penyelamat berdepan kesukaran memotong dahan pokok tumbang berikutan jenis kayu yang sangat keras kerana sewaktu kejadian, berlaku hujan lebat dan berangin.

Menurutnya,,pasukan bomba menggunakan gergaji berantai untuk memotong sisa pokok berkenaan dan mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada PDRM dan operasi tamat pada pukul 7.13 malam,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com