Thursday, 30, January, 2025
Utama Nasional Malaysia bina sekolah, hospital, masjid bagi pembinaan semula Gaza

Malaysia bina sekolah, hospital, masjid bagi pembinaan semula Gaza

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Malaysia dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama Kerajaan Jepun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha bersama ini berhasrat menubuhkan dan melancarkan dana melalui program Asia Timur untuk Membangunkan Gaza (Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

Menurutnya, usaha ini merupakan hasil kolaborasi antara kerajaan, rakyat, dan sektor swasta. 

Jelas beliau, Malaysia berhasrat untuk memulakan projek ini dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah hospital, dan sebuah masjid sebagai tanda pengorbanan dan usaha bersama masyarakat Malaysia.

“Alhamdulillah atas usaha Kerajaan dan Menteri Luar, kita telah dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama Kerajaan Jepun dan Malaysia. 

“Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya pada Rabu.

Tambahnya, program ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam membantu pembangunan semula kawasan yang terjejas dan memastikan kesejahteraan masyarakat Palestin.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com