Saturday, 22, February, 2025
Utama Nasional Aspek rohani diterapkan kerajaan MADANI tepat dengan amalan Ramadan

Aspek rohani diterapkan kerajaan MADANI tepat dengan amalan Ramadan

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Penekanan terhadap aspek rohani dan penetapan nilai oleh kerajaan MADANI sangat bertepatan dengan amalan yang dituntut pada bulan Ramadan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata amalan di bulan Ramadan bukan sahaja sekadar amalan jasmani tetapi ia juga memberi penegasan terhadap disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.

“Dalam negara MADANI ini, amalan Ramadan itu ada kaitan kerana ia memberi satu aspek kerohanian dan penetapan nilai.

“Ramadan itu memberikan satu penegasan tentang disiplin, tentang kekuatan rohani dan keyakinan dan juga sifat yang lebih sederhana, yang lebih prihatin kepada nasib masyarakat yang tersisih dan terbiar.

“Jadi selalunya ulama menggesa kita mempersiapkan dengan sekurang-kurangnya pemahaman, bacaan yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata mesej itu turut terkandung dalam kitab Ihya Ulumuddin yang dianggap salah satu karya teragung Imam Ghazali tentang puasa.

“Satu signifikan kerohanian, kalau tidak dia jadi satu ritual lapar dan dahaga, tetapi tidak ada mesej dari segi pembaikan karakter, akhlak, pepumukan nilai dan keprihatinan terhadap nasib rakyat dan bangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com