Thursday, 20, February, 2025
Utama Nasional Nisfu Sya’ban : Doakan saudara kita di Palestin, Gaza – PMX

Nisfu Sya’ban : Doakan saudara kita di Palestin, Gaza – PMX

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam agar memperbanyakkan doa danzikir kepada Allah SWT pada malam Nisfu Sya’ban. 

Menurutnya, Nisfu Sya’ban adalah malam ke-15 pada bulan Syaaban, bermakna kurang lebih dua minggu umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan al-Mubarak yang dilimpahi dengan keberkatan dan kerahmatan. 

“Momentum ini seharusnya kita memperbanyak doa dan zikir kepada Allah swt, agar dipersiapkan rohani, jasmani dan berfikiran positif dengan segala bentuk ibadah lahir dan batin termasuk berpuasa, menekuni ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksudnya, zakat, berbuat baik dan khidmat kepada ibu bapa dan masyarakat. 

“Menjelang malam Nisfu Syaaban ini, lazimi bibir dan hati kita dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil kepada Allah swt serta bersolawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW.

“Mohonlah keampunan dari Allah SWT dan kesejahteraan kepada umat Islam terutama buat saudara kita di Palestin dan Gaza,” katanya di Facebook rasmi pada malam Khamis. 

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com