Thursday, 3, April, 2025
Utama Nasional RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025: Parlimen berfungsi bebas,berdaulat

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025: Parlimen berfungsi bebas,berdaulat

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR– Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 di Dewan Negara menandakan satu langkah bersejarah dalam memperkukuh kebebasan institusi Parlimen di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa pindaan ini penting bagi memastikan Parlimen dapat beroperasi secara bebas dan berdaulat tanpa pengaruh eksekutif.

“Kita serius menunaikan amanah dan janji. Ini juga satu hal, kalau Parlimen sekarang ia di bawah Perdana Menteri iaitu Jabatan Perdana Menteri.

“Namun Perdana Menteri memilih untuk menyerahkan (kuasa) ini sebagai badan bebas, sebab itu bila sebut reformasi institusi memang enak tetapi sukar nak dapat Perdana Menteri yang hendak serahkan kuasa. 

“Tetapi kita terpaksa lakukan kerana ini akan memperkukuhkan semangat,” katanya ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pindaan ini sejajar dengan prinsip pemisahan kuasa yang telah diperkenalkan sejak era Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1957.

Sistem demokrasi yang kukuh memerlukan pengasingan jelas antara kuasa legislatif, eksekutif, dan kehakiman bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa.

Anwar menekankan bahawa Parlimen harus diberikan kebebasan untuk berfungsi sebagai badan penggubal undang-undang tanpa campur tangan kerajaan. 

“Kita telah berbincang dengan petugas supaya ruang kenaikan pangkat mereka terjamin. Ini membolehkan mereka memilih perkhidmatan dengan lebih fleksibel tanpa kekangan birokrasi yang menghalang perkembangan profesional mereka,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com