KUALA LUMPUR:Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur pendidikan selain akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid serta guru.
“Inisiatif seperti sekolah angkat dengan dukungan rakan strategik korporat akan diperluas bagi membuka lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid terutama dalam bidang kemahiran digital dan daya cipta,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi.
Perkara itu merupakan inti pati mesyuarat Perdana Menteri bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata dalam era digital dan kecerdasan buatan, sistem pendidikan negara perlu berkembang seiring perubahan teknologi dengan pendidikan digital akan terus diperkasa agar murid memperoleh kemahiran teknologi yang diperlukan untuk masa depan.
Anwar juga berkata penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu terus disemarak tanpa mengabaikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa bagi memastikan pelajar memiliki kelebihan di peringkat global.