Wednesday, 7, May, 2025
Utama Ekonomi Kerajaan tingkatkan jaminan RM1 Bilion, RM500 juta dana pembiayaan mudah hadapi Tarif AS

Kerajaan tingkatkan jaminan RM1 Bilion, RM500 juta dana pembiayaan mudah hadapi Tarif AS

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah proaktif dalam membantu pengeksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat tarif Amerika Syarikat (AS) dengan meningkatkan jaminan kerajaan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa selain jaminan tersebut, kerajaan turut menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) bagi memastikan kestabilan ekonomi dan kelangsungan perniagaan tempatan.

Menurut Anwar, Kerajaan Madani terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS bagi menghadapi impak tarif AS.

“Selain membantu PKS yang terjejas, kerajaan menggalakkan perluasan pasaran dan kerjasama ekonomi serantau dengan rantau lain termasuk Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah, dan Amerika Selatan,” katanya ketika sesi penerangan khas di Sidang Khas Parlimen.

Dalam usaha memperkukuh perdagangan serantau, kerajaan turut mengukuhkan integrasi ASEAN dengan menggalakkan projek pembangunan bersama seperti Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid).

“Kerjasama ini akan membuka peluang ekonomi lebih luas bagi Malaysia dan negara anggota ASEAN,” kata Anwar.

Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Vietnam dijadual menandatangani perjanjian awal berkaitan projek ini pada akhir Mei, sekali gus mempercepatkan pelaksanaan inisiatif serantau tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com