Saturday, 12, July, 2025
Utama Nasional Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Tun Mahathir

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Tun Mahathir

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Khamis.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar mendoakan agar Dr Mahathir sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan dalam meniti usia.

“Saya dan Azizah mendoakan setulus hati agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan yang penuh makna,” katanya.

Anwar turut menyifatkan gaya hidup sihat serta sumbangan berterusan Dr Mahathir sebagai contoh terbaik kepada sebuah negara yang sedang menua, namun masih memiliki harapan tinggi.

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi,” katanya lagi.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT terus merahmati negarawan itu yang pernah menerajui pentadbiran negara selama lebih dua dekad dalam dua era pemerintahan berbeza.

Dr Mahathir merupakan tokoh politik paling berpengaruh dalam sejarah moden negara, pernah menjawat jawatan Perdana Menteri keempat dan ketujuh.

Ucapan Anwar itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata mengucapkan tahniah dan menzahirkan penghormatan atas sumbangan Dr Mahathir dalam pembangunan negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com