Saturday, 2, August, 2025
Utama Nasional Anwar persoal pembangkang lindungi tokoh terpalit rasuah

Anwar persoal pembangkang lindungi tokoh terpalit rasuah

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap pembangkang yang seolah-olah mempertahankan tokoh terpalit rasuah, termasuk individu yang sudah meninggal dunia.

Beliau menegaskan tindakan kerajaan bukan bertujuan menghukum, sebaliknya bagi mendapatkan semula wang milik rakyat yang didakwa diseleweng.

“Kita bukan nak menghukum orang yang mati. Kita nak ambil balik duit yang dia ambil secara tidak sah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini.

Anwar turut menyelar sikap membisu pembangkang terhadap isu rasuah berbanding ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari 2008 hingga 2022.

“Pembangkang tak banyak bicara hal rasuah… hairan. Kalau saya dulu masa pembangkang, rasuah nombor satu,” katanya.

Beliau turut membidas tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mempertikai langkah kerajaan terhadap individu yang telah meninggal dunia, semata-mata atas alasan usia atau simpati.

Katanya, kerajaan tetap komited untuk menuntut kembali wang rakyat tanpa mengira siapa individu yang terlibat, sama ada masih hidup atau sudah tiada.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com