Sunday, 10, August, 2025
Utama Nasional Malaysia tolak rundingan isu Palestin selagi pendudukan dan kekejaman Israel berterusan

Malaysia tolak rundingan isu Palestin selagi pendudukan dan kekejaman Israel berterusan

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Malaysia menegaskan tidak akan menyokong sebarang rundingan berhubung konflik Israel-Palestin selagi pendudukan, keganasan dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis tidak dihentikan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak wajar mengadakan rundingan dengan pihak yang terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Pendirian kita jelas. Hentikan kekejaman, hentikan pembunuhan, dan hentikan pendudukan Gaza dan Palestin.

“Tidak boleh ada rundingan sebelum itu. Mana boleh kita berunding dengan orang yang datang ke rumah dan membunuh anak isteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran al-Quran beserta Terjemahan Bahasa ke-30 iaitu bahasa Rusia, serta peluncuran Mushaf al-Ummah dan kontena penghantaran al-Quran ke Perancis, di sini, pada Jumaat.

Pada 31 Julai lalu, persidangan peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penyelesaian aman isu Palestin berakhir dengan penerimaan dua dokumen utama iaitu “Seruan New York” dan “Deklarasi New York” yang menyokong penyelesaian dua negara.

Bagaimanapun, kedua-dua dokumen itu gagal menyentuh punca sebenar konflik, iaitu pendudukan haram Israel di bumi Palestin.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com