Wednesday, 15, October, 2025
Utama Nasional Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan

Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan

oleh Ammar Haziq

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, di sini, bersama kira-kira 1,000 jemaah hari ini.

Beliau tiba jam 1.25 tengah hari dengan berbaju Melayu biru cair lengkap bersongkok, sebelum disambut pengurusan masjid dan jemaah yang hadir awal.

Turut menyambut kehadiran beliau ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan serta penyanyi antarabangsa, Maher Zain.

Solat Jumaat dipimpin Imam Ustaz Ismail Hasan dengan khutbah bertajuk Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan. Khutbah itu menekankan kepentingan menghayati nilai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi memastikan perpaduan kaum terus terpelihara, sekali gus memelihara nikmat kemerdekaan negara yang sudah 68 tahun dikecapi.

Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah sebelum beredar pulang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com