Thursday, 18, September, 2025
Utama Nasional PM hargai pengorbanan ATM sempena ulang tahun ke-92

PM hargai pengorbanan ATM sempena ulang tahun ke-92

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari ATM ke-92.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan penghormatan atas jasa dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara sejak penubuhannya.

“Semoga seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi tanah air,” katanya.

Anwar turut merakamkan terima kasih kepada pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka, selain mendoakan kesejahteraan buat semua perajurit negara.

“Al-Fatihah buat perajurit yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com