Sunday, 26, October, 2025
Utama Nasional PM Anwar Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

PM Anwar Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sekali gus menandakan bermulanya siri mesyuarat tertinggi di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Majlis pembukaan rasmi itu disertai oleh pemimpin, menteri serta delegasi dari semua negara anggota ASEAN, dimulakan dengan nyanyian Lagu ASEAN sebelum Anwar menyampaikan ucapan perasmian selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

Sidang kemuncak kali ini menghimpunkan lebih 30 ketua negara dan kerajaan termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Kanada bagi membincangkan isu keamanan, daya tahan ekonomi serta pertumbuhan inklusif serantau di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Penganjuran sidang ini turut menjadi medan penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara ASEAN dan rakan dialog luar, selain merangka pendekatan bersama menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com