KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67.
Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar mewakili seluruh rakyat memohon agar Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah-Nya.
Beliau turut mendoakan agar pemerintahan baginda terus berada di bawah naungan keberkatan serta menjadi payung kedaulatan negara.
“Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.