Thursday, 8, January, 2026
Utama NegeriRM15 juta bank makanan: GPMS Kedah sokong usaha prihatin Kerajaan

RM15 juta bank makanan: GPMS Kedah sokong usaha prihatin Kerajaan

oleh Ammar Haziq


ALOR SETAR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menyatakan sokongan penuh terhadap langkah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada program Bank Makanan Dapur Siswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT.


Timbalan Pengerusi GPMS Kedah, Kapt. Bersekutu (PA) Amirul Syahir Musa, berkata inisiatif itu amat bertepatan dengan realiti semasa, khususnya dalam membantu mahasiswa yang berdepan kos sara hidup semakin menekan.

Beliau menegaskan, peruntukan tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap pembangunan modal insan negara, selaras dengan semangat Malaysia Madani yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan keadilan sosial.


Menurutnya, pendekatan bersasar seperti ini lebih berkesan dalam membantu pelajar yang benar-benar memerlukan berbanding bantuan umum semata-mata.


GPMS Kedah turut menggesa agar pelaksanaan peruntukan itu dilakukan secara telus, berkesan dan menyeluruh di semua institusi pengajian tinggi, supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh golongan sasaran tanpa keciciran.


“GPMS Kedah akan terus menyokong segala usaha kerajaan yang mendahulukan kebajikan pelajar dan mahasiswa demi melahirkan generasi pemimpin masa depan yang berdaya saing, berintegriti dan seimbang dari segi akademik serta kebajikan,” katanya.

Artikel Berkaitan