ALOR SETAR – Baki lima perlawanan Liga Super 2023 penting buat Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mampu muncul naib juara jika memenangi semua perlawanan tersebut sambil mengharapkan pencabar terdekat iaitu Selangor FC dan Sabah FC keciciran mata.
Penyerang importnya, Ifedayo Olusegun mahu memastikan momentumnya bersama Sang Kenari terus dan kemenangan perlu diraih ke atas Kuala Lumpur (KL) City di lawan lawan malam ini.
Menurutnya, Sang Kenari tidak boleh tercicir mata dan mereka memerlukan mata penuh jika ingin melengkapkan misi untuk berada di kedudukan kedua pada musim ini
“Saya bertekad memberi aksi terbaik saya bersama rakan sepasukan untuk membantu pasukan mencapai sasaran yang kami harapkan.
“Apa yang lebih penting bagi mencapai misi pasukan adalah mendapatkan kemenangan dalam setiap baki perlawanan berbanding jaringan gol yang direkodkan oleh saya,” katanya.
Jelas beliau, setiap penyerang mahu mencatatkan jumlah gol banyak namun di akhir perlawanan hanya kemenangan yang dapat mengukur tahap serta kedudukan pasukan masing-masing.