Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan Di sebalik isu KDA FC, Santos FC umum ‘uji’ kelab tersebut

Di sebalik isu KDA FC, Santos FC umum ‘uji’ kelab tersebut

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Di sebalik peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman (KDA) FC, iaitu Khamal Idris Ali pada Khamis, kelab kelab popular Brazil, Santos Futebol Clube (Santos FC) mengumumkan aksi pemanas badan bertemu Hijau Kuning di Alor Setar pada 17 Februari.

Kelab yang pernah diperkuatkan legenda dunia, Pele pada tahun 1956 hingga 1974 itu akan berkunjung ke Stadium Darul Aman, di sini.

KDA FC menjadi destinasi Santos FC di Malaysia dan satu lagi aksi melibatkan perlawanan Equality Cup di Qatar.

Sebelum ke Alor Setar, skuad kendalian Fabio Carille itu akan terbang ke Doha, Qatar untuk menyertai perlawanan Equality Cup membabitkan pasukan Zenit dari Rusia, Shanghai Shenhua dari China dan pasukan tuan rumah, Al Duhail bermula 4 Februari hingga 13 Februari.

Perlawanan tersebut kini menjadi tanda tanya di kalangan peminat berikutan KDA FC kini terpalit dengan isu kewangan selepas pemain mendakwa masih belum menerima gaji yang tertunggak selama empat bulan.

KDA FC juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung aksi pemanas badan bertemu Santos FC yang dianggap sebagai aksi pertama pramusim antarangsa 2024-2025 mereka jika ia menjadi realiti.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com