Saturday, 23, November, 2024
Utama Ekonomi Belanjawan 2024: Anwar ajak teliti, beri pandangan, kritikan

Belanjawan 2024: Anwar ajak teliti, beri pandangan, kritikan

oleh Ammar Haziq

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak untuk meneliti pembentangan Belanjawan 2024 semalam serta memberi pandangan mahupun kritikan masing-masing.

Menurut Perdana Menteri, belanjawan yang dibentangkan sebagai tawaran dan pengarahan baharu ke arah pemerataan ekonomi dan memperkasa rakyat.

“Belanjawan Madani yang kedua ini berjumlah sebanyak RM393.8 bilion menjadikannya belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan di mana RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus dan RM90 bilion untuk belanja pembangunan, selain RM2 bilion untuk belanja luar jangka.

“Terima kasih kerana mengikuti pembentangan saya dan saya mohon teman-teman untuk telaah dan teliti setiap perincian yang dibentangkan dan beri pandangan mahupun kritikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com