Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional RM100 e-dompet boleh ditebus 4 Disember

RM100 e-dompet boleh ditebus 4 Disember

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Tambahan nilai e-dompet RM100 di bawah program eMadani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas  dengan  berpendapatan kurang  RM100,000 setahun boleh ditebus 4 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini akan memberi manfaat kepada 10 juta individu, dan melibatkan kos RM1 bilion.

Beliau berkata, tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari tahun depan.

Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu tetapi Anwar tidak menyebut plaform tersebut.

Anwar membuat pengumuman itu semasa membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com