Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Skim upah lebih adil kepada penjawat awam disegerakan – PM

Skim upah lebih adil kepada penjawat awam disegerakan – PM

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Selasa.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira prestasi membanggakan yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam.

Bagaimanapun, Anwar tidak memaklumkan tarikh spesifik penguatkuasaan pelaksanaan skim upah berkenaan.

“Saudara harus percaya kita tidak dapat menyegerakan awal tahun lalu kerana kita warisi kedudukan kewangan yang sangat merumitkan.

“Hutang negara pada masa itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus.

“Alhamdulillah dengan kerjasama semua pimpinan. jemaah menteri, ketua-ketua setiausaha, kementerian dan agensi, serta sektor swasta, kita dapatkan kurangkan (defisit) menjadi lima peratus,” katanya dalam ucapan tersebut, di sini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com