Friday, 22, November, 2024
Utama Sukan Prestasi pemain badminton negara tidak teruk – Norza

Prestasi pemain badminton negara tidak teruk – Norza

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malalaysia (BAM) menilai dari segala sudut keputusan Petronas Terbuka Malaysia 2024 dan nampak jurang yang perlu diperbaiki bagi persiapan rapi menjelang Sukan Olimpik di Paris tahun ini.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria merumuskan prestasi pemain negara di Terbuka Malaysia 2024 masih baik jika dibandingkan dengan pencabar dari negara Asia Tenggara lain.

Menurutnya, bagaimanapun beliau mengakui kecewa kerana selaku tuan rumah untuk tahun kedua berturut-turut tidak ada wakil di separuh akhir dan final.

“Kita sudah nampak jurang yang ada, daripada sudut sains sukan, jurang di mana mereka (pemain) harus fokus kerana saya rasa kita kena buat satu pemikiran atau persediaan lebih rapi lagi. Saya mahu atlet kita berada di kemuncak (prestasi) di Paris.

“Saya fikir semua orang faham, di awal tahun, semua pulang dari bercuti dan mungkin ada antara mereka kurang persediaan namun saya yakin dengan kita pergi lebih terperinci dengan RTG dan bantuan diberikan BAM, kita mampu mencapai peringkat lebih baik selepas ini,” kata beliau.

Jelasnya, sokongan perlu terus diberikan dan beliau berbincang dengan semua barisan kejurulatihan termasuk Menteri Sukan, Hannah Yeoh untuk mencari pendekatan bagi merapatkan jurang yang ada.

“kita beri mereka masa kerana kita perlukan semua pemain kita untuk capai prestasi kemuncak di Olimpik (Paris 2024). Tak guna sekiranya hari ini juara di sini tetapi selepas jadi juara itu, dia… (tewas),” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com